"CARA YANG LEBIH MUDAH MENGURUSKAN KUTIPAN YURAN SEKOLAH ANDA"

Kini, anda tidak perlu lagi menggunakan BUKU RESIT dan FAIL REKOD YURAN untuk merekod bayaran yuran. Semuanya boleh dilakukan dengan SKY ONLINE


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera

Tahukah anda merekod bayaran yuran dengan lebih sistematik sebenarnya amat penting di dalam menguruskan kutipan yuran. Sekiranya rekod bayaran tidak diurus sebaiknya, anda berisiko : -

  • kehilangan maklumat sekiranya buku resit anda hilang/rosak
  • jumlah kutipan anda tidak 100% sekaligus menjejas kos operasi
  • pekerja anda dengan mudah boleh mengubahsuai maklumat bayaran sekaligus pecah amanah dengan duit yuran anda
  • ibubapa akan hilang kepercayaan dengan anda apabila sering berlaku kesilapan rekod bayaran

Sebelum saya meneruskan penerangan mengenai SKY Online ini, saya ingin tahu adakah anda :-

  • Pengurusan Kafa Integrasi, Pengusaha Tadika, Pusat Tuisyen atau AJK PIBG
  • Bertanggungjawab menerima bayaran yuran dari ibubapa
  • Inginkan rekod bayaran yuran anda lengkap dan mudah dicapai
  • Inginkan laporan kutipan dan tunggakan boleh dikeluarkan dengan segera
  • Ingin mencapai jumlah kutipan 100% setiap bulan

dan adakah anda pernah mengalami situasi-situasi seperti ini?
  • Penat nak tulis resit, terutama ketika waktu gaji, ramai yang datang untuk bayar yuran, sehingga lenguh tangan dibuatnya
  • Bukan setakat tulis resit sahaja, kena tulis dalam buku rekod bayaran lagi, dah jadi dua kali kerja...tak habis-habis menulis
  • Bila semuanya direkod secara bertulis, lambat dan susah nak kenalpasti siapa yang belum bayar..untuk menyemak, terpaksa belek satu per satu dalam buku rekod bayaran...boleh juling mata
  • Bila pihak pengurusan perlukan laporan kutipan yuran, susahnya nak buat, silap-silap seminggu pun belum tentu siap 
  • Setiap bulan, mesti ada ibubapa yang lambat bayar, kadang-kadang sampai berbulan-bulan tak bayar. Dah kena tulis surat peringatan pula, menulis lagi!

Pernahkah anda terfikir, andainya......
  • Anda tak perlu lagi menulis sana sini, hanya klik klik je resit dah siap dicetak
  • Anda tak perlu lagi buat kerja dua kali, rekod bayaran direkod secara automatik selepas resit dicetak
  • Anda hanya perlu klik klik sahaja, senarai nama pelajar yang belum bayar dah tersedia. Bukan setakat tu saja, anda boleh asingkan ikut kelas atau secara keseluruhan kelas lagi
  • Bila pihak pengurusan minta laporan kutipan yuran, dengan tersenyum anda boleh terus berikan pada mereka, tak perlu tunggu seminggu, seminit je dah siap
  • Anda tak perlu susah-susah menulis surat peringatan lagi, yang belum tentu sampai ke tangan ibubapa. Hanya sekali klik, peringatan melalui sms terus masuk ke telefon bimbit ibubapa. Kalau tak bayar juga, klik lagi dan lagi...sampai dia bayar...hehe

Jika Ya, anda wajib baca lebih lanjut kerana kami ada jawapan untuk masalah anda.....



Pada tahun 2007, kami telah membina satu sistem yang dinamakan SISTEM KUTIPAN YURAN (SKY) yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah-masalah di atas.

Sistem Kutipan Yuran (SKY) adalah satu perisian yang dibina bagi memudahkan urusan kutipan yuran. SKY bukanlah perisian akaun/kewangan, tapi lebih mengkhusus kepada pengurusan kutipan yuran.

Sistem ini dibina secara in-house di sebuah KAFA di Kuala Selangor. Dibina secara in-house bermakna, sistem ini telah  dibina/dipertingkatkan berdasarkan keperluan dan kemudahan pengguna sehingga ianya benar-benar berfungsi sepertimana dikehendaki. Dengan kerjasama KAFA tersebut, kami telah menjadikan sistem ini menepati kehendak dan keperluan mereka. Sistem ini juga telah digunakan di KAFA tersebut dan ternyata ianya telah banyak membantu mereka memperkemaskan kaedah kutipan yuran mereka.

Sebelum ini mereka menggunakan kaedah kutipan yuran secara manual. Iaitu dengan menggunakan Buku Resit dan Fail Rekod Yuran. Di antara kelemahan kaedah ini adalah :-


Lambat - kerani perlu mencari nama pelajar di dalam Fail Rekod berdasarkan kelas, selepas itu barulah resit ditulis. No resit tersebut direkod di dalam Fail Rekod Yuran. Untuk membuat serahan kutipan, kerani perlu menulis senarai pelajar yang telah membayar pada hari tersebut, mengira jumlah wang di dalam senarai dan juga ditangan sebelum diserahkan kepada Bendahari

Kehilangan data - adakalanya, kecuaian tidak disengajakan. Kerani terlupa untuk merekod no resit di dalam Fail Rekod Yuran.


Data tidak diyakini - Disebabkan maklumat resit di dalam Fail Rekod Yuran yang ditulis tangan, ianya mudah untuk diubah atau dipadamkan tanpa mengetahui angkara siapa.

Sekarang Sistem Kutipan Yuran (SKY) telah ditambahbaik dan dibekalkan secara online, dan ianya dinamakan SKY ONLINE



Bagaimana SKY Online berfungsi?


Apabila seorang pelajar/ibubapa datang untuk membayar yuran:-

  • Guru/Kerani akan mencari nama pelajar di dalam SKY
  • Setelah SKY memaparkan nama pelajar tersebut, guru/kerani boleh mengetahui status bayaran dan tunggakan pelajar tersebut
  • Hanya klik pada item yang hendak dibayar, SKY akan menjana noresit dan resit sudah sedia untuk dicetak.
Sekiranya ibubapa tidak berkesempatan untuk hadir ke sekolah, Ibubapa boleh membayar yuran secara online menggunakan menu ibubapa yang hanya memaparkan maklumat yuran anak-anaknya sahaja. Bayaran boleh dibuat melalui SKY dengan cara pindahan wang/kredit kad/MEPS FPX

Gambarajah di bawah menerangkan dengan ringkas bagaimana SKY Online berfungsi



Kelebihan SKY Online

Kepada pengurusan sekolah

  • Login pengguna - dengan adanya login pengguna, sistem dapat mengesan siapa yang menambah dan mengubahsuai data
  • Kaedah carian yang cepat - pengguna boleh mencari maklumat dengan cepat
  • Maklumat ibubapa (cth : no untuk dihubungi) dan pelajar (cth : no surat beranak) boleh didapati dengan mudah
  • Status jumlah bayaran dan tunggakan boleh didapati bila-bila masa, tanpa perlu menunggu buku-buku resit dari guru/kerani dikumpul dan dikira
  • Pemantauan jumlah bayaran dan tunggakan secara individu, kelas dan keseluruhan sekolah

Kepada guru/kerani

  • Kutipan yuran yang mudah dan cepat - pengguna hanya perlu mencari nama pelajar, dan klik dibahagian yuran yang ingin dibayar, sistem akan mengeluarkan noresit secara automatik. Pengguna boleh terus mencetak resit (tidak perlu menulis lagi)
  • Serahan yang lengkap dan kemas - Serahan kutipan yuran boleh dilakukan dengan mudah. Sistem akan mengeluarkan senarai mengikut tarikh yang dikehendaki dan menjumlahkan sekali kutipan hari tersebut. Tiada lagi perlu menulis senarai yang panjang dan mengira jumlah satu persatu.
  • Senarai nama pelajar mengikut kelas boleh diambil bila-bila masa dan terkini
  • Guru kelas boleh memantau kutipan yuran kelas mereka dengan mudah
  • Boleh mengetahui jika Yuran Sekeluarga pelajar kelasnya dibayar oleh adik beradik pelajar tersebut di kelas lain

Kepada ibubapa

  • Tidak perlu pergi ke kelas setiap anak untuk membayar yuran, SKY akan menyenaraikan nama anak-anak ibubapa tersebut dan memudahkan urusan pembayaran yuran mereka
  • Boleh memantau dan membuat bayaran secara online terus kepada SKY dan menerima resit tanpa perlu pergi ke sekolah.

Kenapa anda perlu menggunakan SKY Online ini...

  • Supaya rekod maklumat pelajar dan ibubapa disimpan dan dicapai dengan mudah 
  • Supaya rekod maklumat yuran sekolah disimpan dengan selamat dan terkini
  • Memudahkan anda memantau kedudukan kutipan yuran sekolah
  • Memudahkan guru untuk mendapatkan maklumat pelajar dengan mudah dan pelbagai
  • Mempercepatkan proses kutipan yuran
Siapakah yang perlu menggunakan sistem ini...

Walaupun sistem ini dibina secara in-house di sebuah KAFA, namun pendekatan yang digunakan, membolehkan sistem ini digunakan juga oleh KAFA, TADIKA, PUSAT TUISYEN serta PIBG sekolah.

Ini kerana konsep kutipan yuran tahunan, yuran bulanan, pembelian buku dan yuran sumbangan adalah sama.

Testimoni Pelanggan Kami

Sehingga kini, kami telah membimbing lebih 11 buah sekolah sehingga mereka telah benar-benar berjaya mempunyai rekod bayaran yuran yang lengkap...11 buah sekolah ini adalah yang sentiasa berhubung dengan kami untuk berbincang.

Manakala pelanggan selebihnya mungkin juga telah berjaya senyap-senyap :) kerana SKY memang mudah digunakan. Di bawah ini adalah antara testimoni dari pelanggan kami dari 11 buah sekolah tersebut...




"Kalau dulu susah sikit nak dapat laporan yuran yang lengkap, proses mengemaskini maklumat mengambil masa yang lama. Nak cari maklumat pelajar juga susah, nak kena cari fail. Sekarang semuanya dihujung jari...."

Ustazah Siti Arbaiyah bt Mokhtar
KAFA Integrasi Darul Syahadah

"SKY byk membantu pengurusan kutipan yuran kami menjadi lebih cepat dan kemas. SKY juga membantu kami utk dptkan data2 yg diperlukan utk membuat laporan audit. Walaupun harganya lebih murah dr aplikasi lain..namun ianya menepati semua keperluan kami. Dari segi khidmat pelanggan..mrk sedia mbantu kami bila2 diperlukan..."

Ustazah Hjh Maimunah bt Semaon
Guru Besar
KAFA Integrasi As-Syakirin

"Dengan SKY, mudah utk saya mengetahui siapa yg masih belum membayar yuran walaupun bilangan pelajar saya ramai. Laporan audit saya juga mudah disediakan kerana maklumat yg diperlukan semuanya telah ada dlm SKY. SKY merupakan satu sistem yg mudah dan senang digunakan.."

Ustaz Ahmad Radzuan Hj Hassan
KAFA Integrasi Islahiah


Ciri-ciri dan Keperluan

Ciri-ciri dan Keperluan SKY Online
Host

Sistem dan data disimpan di server kami (bangunan dikawal dan pengawasan cctv)

Anda tidak perlu menyediakan server

Tiada pemasangan perlu dilakukan di tempat anda

Kemaskini dan pembetulan Diberikan terus kepada anda 
Capaian internet Perlu
Penggunaan Boleh digunakan dari mana-mana komputer/smartphone/tablet yang mempunyai capaian internet (di luar pejabat pun boleh)
Masa penggunaan Bila-bila (24/7)
Perisian diperlukan Browser (eg : Internet Explorer, Firefox, Chrome dll). Disarankan firefox
Selenggaraan dan back-up Tanggungjawab kami
Anda cuma guna sahaja...peace of mind!
Kaedah pembayaran yuran  1. Ibubapa membuat bayaran secara online.
  • elak kesesakan
  • bila2 masa tanpa perlu bercuti dan sebagainya atau
2. Ibubapa datang ke pejabat/guru kelas


Keperluan tambahan

Sekiranya pihak sekolah mahukan satu salinan resit disimpan dalam bentuk hardcopy :-

  • Printer Dot matrix (Panasonic KX-P 1121)
  • Kertas komputer 9" x 11 1/2" 2-ply 2-up
  • (printer dan kertas adalah optional, bagi yang mahukan resit dicetak dalam 2 salinan (satu simpanan ibubapa dan satu simpanan sekolah)
Screenshot

Berikut dipaparkan sebahagian screenshot sistem ini sebagai sedikit gambaran.

LOGIN PAGE

- mengandungi login pengguna dan juga login ibubapa



MUKA DEPAN

- layout yang ringkas dan kemas memudahkan pengguna melayari dan menggunakan sistem



CONTOH RESIT

- header resit yang boleh dicustomized mengikut maklumat sekolah dan juga logo







Kandungan Menu dan Modul SKY Online

MENU  DATA
  • menyimpan maklumat ibubapa, pelajar, kelas serta yuran yang dikenakan untuk setiap pelajar
MENU BAYAR 
  • merekod dan mencetak resit semua jenis yuran (tahunan, bulanan, pembelian buku, umum dan yuran sekeluarga)
MENU PERTANYAAN
  • memudahkan pihak sekolah memantau dan menyemak laporan kedudukan kutipan yuran (tunggakan dan kutipan)
MODUL SMS
  • memudahkan pihak sekolah menghantar peringatan terus ke telefon bimbit ibubapa yang belum menjelaskan yuran
MODUL ONLINE PAYMENT
  • memudahkan ibubapa membuat bayaran secara online dari mana-mana komputer/tablet/smartphone yang mempunyai capaian internet.
Kami juga mendapat kebenaran dan juga sokongan dari JAIS

Berita baik untuk semua KAFAi, SRA dan SRAi di Selangor !!
Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Bahagian Pendidikan) telah memberi kebenaran dan menyokong penggunaan SKY di tempat anda....

Di antara kandungan surat : "............pihak Jabatan bersetuju untuk menyokong dan memberi kebenaran kepada semua sekolah KAFAI, SRA dan SRAI di Selangor untuk melanggan dan menggunakan Sistem Kutipan Yuran (SKY) puan." (Rujuk imej surat di bawah)





Projek SKY Online ini merupakan satu projek yang menerima bantuan dana Innofund dari Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi pada tahun 2011. Projek yang dijalan selama setahun dan di bawah pemantauan MOSTI ini telah menghasilkan SKY Online.




Berita

Pengguna SKY di sana-sini

   

Presentation SKY di Pusat Pengajian Al-Quran Al-Itqaan

 

Latihan Penggunaan SKY Online di SK Saujana Utama

   

   

Laporan Mengenai SKY Online di dalam GTP'S Annual Report 2012

http://www.pemandu.gov.my/gtp/annualreport2012/Downloads-@-Downloads.aspx

 

Pendaftaran Cap Dagangan kami telah diluluskan...



Iklan kami di Sinar Harian 3/18 Oktober 2012




Iklan kami di Majalah IK April 2012



Iklan kami di Sinar Harian 7, 9 dan 11 Disember 2011






Pakej yang ditawarkan

SKY Online dibahagi kepada 3 modul :-

Modul Utama

SKY Online Standard Version RM699/setahun (lebih kurang RM60 sebulan sahaja)

Modul Pilihan (jika perlu)

Modul Bayaran Online RM499/setahun

Modul Peringatan SMS RM100 untuk 1000 sms
(tertakluk kepada kekerapan penggunaan kredit)

Cara pembelian

Untuk membeli sistem ini anda perlu mengikuti langkah dibawah :-

1. Hantarkan kepada kami maklumat di bawah ke email kami di sales.skyonline@gmail.com dan
    maklumkan kepada kami mengenai email tersebut melalui SMS ke
    019 - 395 4573

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN


Nama anda        :
 
Nama Sekolah    :
 
Alamat Sekolah  :

No Telefon         :

Email                  :
 
Logo sekolah (dalam bentuk bmp/jpeg)

Nota : Maklumat ini akan digunakan sebagai header resit sekolah anda

2. Setelah maklumat tersebut diterima, kami akan memproses tempahan anda. 

3. Setelah tempahan siap diproses, kami akan maklumkan (melalui email dan sms) kepada anda dan invois yang mengandungi maklumat bayaran akan disertakan sekali.

4. Username, password dan url akan dihantar melalui email setelah bayaran diterima.

Perkhidmatan selepas belian

Pihak kami menyediakan bantuan untuk memudahkan pihak sekolah mengisi maklumat terutama pengisian maklumat penetapan yuran. Prinsip kami, bukan sekadar menjual, kami akan bantu sehingga SKY benar-benar dapat digunakan.

Kami menyediakan bantuan secara remote yang membolehkan kami melihat masalah sebenar di komputer sekolah, untuk kami bantu secara jarak jauh.

Pihak kami juga menyediakan bantuan melalui email yang diuruskan menggunakan sistem ticketing yang lebih teratur.

Para Pelanggan kami

1.   Kafa Integrasi Darul Syahadah, Sg Buloh
2.   Kafa Integrasi Madinatul Ilmi, Sg Buloh
3.   Tadika & Taski AsSofea, Johor Bahru
4.   Sekolah Rendah Islam Omar Zuhdi, Sg Buloh
5.   Kafa Intergrasi AsSyakirin, Cheras
6.   Sekolah Rendah Islam AsSyakirin, Cheras
7.   Kafa Intergrasi Islahiah, Ampang
8.   Madrasah Pra-Tahfiz Al-Mukarramah, Kajang
9.   Tadika Si Kecil Pintar (Little Caliphs), Sg Buloh
10. Tadika Cahaya Mutiara (Q-Dees), Sg Buloh
11. Kafa Integrasi Al-Raudhah, Puchong
12. Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah & Tadika Ummi, Sabah
13. Tadika Tahfiz Al-Hakim, Dungun
14. Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2, Puchong
15. Tadika Pintar Bistari, Pasir Gudang
16. Pusat Tuisyen GVL, Sg Buloh
17. Sek. Men. Agama Al-Khairiah Al-Islamiah, Mersing
18. Tadika Abim, Sg Petani
19. Sekolah Rendah Islam Darul Aman, Alor Setar
20. Tadika Rama-rama Impian, Klang
21. Taska Rama-rama Impian, Klang
22. Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sg Buloh
23. Kafa Integrasi Al-Insan, Shah Alam
24. Sekolah Rendah Islam Integrasi Sg Chinchin, Gombak
25. Sekolah Islam Al-Imtar, Ampang
26. Sekolah Menengah Agama Arabiah, Kluang
27. Tadika Tiara Bistari, Kuantan
28. Kafa Raudathul Amal, Sg Buloh
29. Tadika Genius Aero Kids, Sepang
30. Kelas Bimbingan Dewan Guthrie, Bkt Jelutong
31. Tadika Sayangku Pintar (Little Caliphs), Sg. Buloh
32. Sekolah Rendah Agama Sg. Sekamat, Kajang
33. Sekolah Rendah Ummi, Alor Setar
34. Asuhan dan Tadika Ummi, Alor Setar
35. Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Bhd, Kedah
36. Sekolah Agama Kafa Intergrasi Al-Hikmah, Subang Bestari
37. Pusat Pengajian Agama Miftahul Uloom, Bandar Tasik Selatan
38. Kafa Tulen Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras
39. Sekolah Rendah Islam Sri Hidayatul Iman, Bandar Tasik Puteri, Rawang
40. Maahad Darul Furqan, Pendang Kedah
41. Al-Wehdah, Kg. Rantau Panjang, Klang
42. Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Sg Buloh
43. Maths Catch Centre, Shah Alam
44. Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah, Klang
45. Tadika Annur Barakah, Shah Alam
46. Abqary Kidz, Saujana Utama 2, Sg Buloh
47. Abqary Kidz, Saujana Utama 3. Sg Buloh
48. Abqary Kidz, Sungai Buloh Country Resort, Sg Buloh
49. Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam
50. Institut Tahfiz Al Hakim, Dungun, Terengganu
51. Sekolah Rendah Islam Pintar Caw Paka, Terengganu
52. Tadika Seri Iman Intelek, Kuantan, Pahang
53. SMU (A) Al-Kauthar, Kota Bharu, Kelantan
54. Q-dees Saujana Utama, Sg Buloh
55. Kinderland Management Services, Temerloh, Pahang
56. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam
57. Kafa Integrasi Al-waani, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
58. Al-Baghdadi Learning Centre, TTDI, K.Lumpur
59. Tadika Cilik, Changlun, Kedah
60. Tadika Tunas Ilmu, Lembah Keramat, K.Lumpur
61. Pusat Pengajian Al-Quran Al-Itqaan, Ampang
62. Tadika Comelku Bestari, Cyberjaya
63. Tadika Generasi Ilmuan, Bandar Baru Bangi
64. Tadika Anakku Adiwarna, Tg Malim, Perak
65. Tadika Si Kecil Soleh, Bandar Baru Bangi
66. Tadika Mahligai Ilmu, Kajang
67. Sekolah Rendah Islam Madinatul Ilmi, Sg Buloh
68. Sekolah Rendah Islam Integrasi Pintar Bukit Jelutong, Shah Alam
69. Maahad Tahfiz An Nahdhoh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Hubungi kami

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami :-

 
(SA-0109255-M)

email          : sales.skyonline@gmail.com
sms            : 019 - 395 4573
facebook    : https://www.facebook.com/SistemKutipanYuran