Langkau ke kandungan

Inginkan Cara Yang Lebih Mudah Menguruskan Kutipan Yuran Sekolah/KAFA/Tadika/Pusat Tuisyen/PIBG/Persatuan Penduduk Anda?

Kini, anda tidak perlu lagi menggunakan BUKU RESIT dan FAIL REKOD YURAN untuk merekod bayaran yuran. Semuanya boleh dilakukan dengan kaedah mudah kami ini.

Tempah Sekarang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera

Tahukah anda merekod bayaran yuran dengan lebih sistematik sebenarnya amat penting di dalam menguruskan kutipan yuran. Sekiranya rekod bayaran tidak diurus sebaiknya, anda berisiko : -

Kehilangan Maklumat

Anda mungkin kehilangan maklumat sekiranya buku resit anda hilang atau rosak

Kos Operasi Terjejas

Jumlah kutipan anda tidak 100% tepat dan mengakibatkan kos operasi terjejas

Pecah Amanah

Pekerja anda dengan mudah boleh mengubahsuai maklumat bayaran & pecah amanah

Hilang Kepercayaan

Ibu bapa atau ahli tidak percaya kepada anda apabila sering kali berlaku kesilapan rekod bayaran

Sebelum saya meneruskan penerangan mengenai kaedah kami ini, saya ingin tahu adakah anda:-


  • Pengurusan Kafa Integrasi, SRA, Pengusaha Tadika, Maahad, Pusat Tuisyen, AJK PIBG, Taska atau Persatuan Penduduk?
  • Bertanggungjawab menerima bayaran yuran dari ibubapa/ahli?
  • Inginkan rekod bayaran yuran anda lengkap dan mudah dicapai?
  • Inginkan laporan kutipan dan tunggakan boleh dikeluarkan dengan segera?
  • Ingin mencapai jumlah kutipan 100% setiap bulan?

Dan adakah anda pernah mengalami situasi-situasi seperti ini?


  • PENAT NAK TULIS RESIT, terutama ketika waktu gaji, ramai yang datang untuk bayar yuran, sehingga lenguh tangan dibuatnya
  • Bukan setakat tulis resit sahaja, kena tulis dalam buku rekod bayaran lagi, dah jadi DUA KALI KERJA… tak habis-habis menulis
  • Bila semuanya direkod secara bertulis, LAMBAT dan SUSAH nak KENALPASTI SIAPA yang BELUM BAYAR.. untuk menyemak, terpaksa belek satu per satu dalam buku rekod bayaran…boleh juling mata
  • Bila pihak pengurusan perlukan LAPORAN kutipan yuran, SUSAHnya nak BUAT, silap-silap seminggu pun belum tentu siap
  • Setiap bulan, mesti ada ibubapa/ahli yang lambat bayar, kadang-kadang sampai berbulan-bulan tak bayar. Dah kena TULIS SURAT PERINGATAN pula, menulis lagi!

atau…pernahkah anda terfikir, alangkah seronoknya kalau……


  • Anda tak perlu lagi menulis sana sini, hanya klik klik je resit dah siap dicetak
  • Anda tak perlu lagi buat kerja dua kali, rekod bayaran direkod secara automatik selepas resit dicetak
  • Anda hanya perlu klik klik sahaja, senarai nama pelajar/ahli yang belum bayar dah tersedia. Bukan setakat tu saja, anda boleh asingkan ikut kelas atau secara keseluruhan kelas lagi
  • Bila pihak pengurusan minta laporan kutipan yuran, dengan tersenyum anda boleh terus berikan pada mereka, tak perlu tunggu seminggu, seminit je dah siap
  • Anda tak perlu susah-susah menulis surat peringatan lagi, yang belum tentu sampai ke tangan ibubapa/ahli. Hanya sekali klik, peringatan melalui SMS terus masuk ke telefon bimbit ibubapa/ahli. Kalau tak bayar juga, klik lagi dan lagi…sampai dia bayar…hehe

Jika anda menjawab YA utk semua di atas…

Anda WAJIB baca lebih lanjut kerana kami ada jawapan untuk masalah anda…..

Sebelum tu, kami nak cerita sikit sejarah kami………


Sistem Kutipan Yuran (SKY)

Pada tahun 2007, kami mendapat peringatan dari Kafa tempat anak kami bersekolah yg mengatakan kami belum bayar yuran. Maka, terperanjatlah kami! Kami dah bayar semua yuran, kenapa mereka kata kami belum bayar??

Makanya, kami pun pergilah menemui pihak sekolah. Setelah dikaji, rupa-rupanya mereka ada masalah dengan kaedah merekod bayaran yuran. Ada yang belum dikemaskini, ada yang sengaja tidak direkodkan….yang mana menyebabkan sebilangan pelajar dikatakan belum bayar yuran walaupun sudah bayar.

Setelah berbincang, kami pun menawarkan diri untuk membina satu sistem bagi membantu Kafa tersebut. Maka, terhasillah satu sistem yang dinamakan SISTEM KUTIPAN YURAN (SKY) untuk membantu mereka menyelesaikan masalah mereka tadi.

Jadi, sistem ini kami bina secara in-house di KAFA tersebut. Dibina secara in-house bermakna, sistem ini telah dibina dan dipertingkatkan berdasarkan keperluan dan kemudahan mereka sehingga ianya benar-benar berfungsi sepertimana dikehendaki.

Alhamdulillah, setelah mereka menggunakan sistem kami, tiada lagi masalah keciciran rekod dan juga penyelewengan wang yuran oleh insan-insan yang tak berkenaan…..

Selepas itu, kami pertingkatkan lagi sistem kami berdasarkan maklumbalas dari pelanggan-pelanggan kami yang lain….supaya ianya lebih menepati keperluan semua pelanggan kami.

Pada 2011, kami menambahbaik Sistem Kutipan Yuran (SKY) kepada versi online, dan kami dinamakan

SKYONLINE

Tempah sekarang!

Apa Itu SKY ONLINE?


Merupakan satu sistem atau aplikasi online yg bertujuan utk memudahkan segala urusan berkaitan kutipan yuran.

Ianya merupakan satu sistem yg lengkap yg mampu merekod pelbagai jenis yuran, mencetak resit, mengeluarkan laporan, menghantar peringatan dan juga menerima bayaran yuran secara online.

Sangat sesuai digunakan oleh Tadika, Kafa Integrasi, SRA, Maahad, PiBG, Pusat Tuisyen, Taska dan juga Persatuan Penduduk. Boleh juga digunakan oleh mana-mana organisasi yg mempunyai bayaran yuran berkala.

Apa kelebihan versi online?


Untuk Anda

  • Anda boleh guna sistem ni dari mana-mana komputer/smartphone tanpa perlu sentiasa berada di pejabat
  • Anda tak perlu risau kalau komputer anda rosak, anda masih boleh gunakan sistem di komputer lain
  • Jika anda ada byk cawangan, anda tak perlu pergi ke setiap cawangan utk guna sistem
  • Anda tak perlu fikir tentang back-up dan maintenance….semua tu tanggungjawab kami

Untuk Ibu Bapa/Ahli

  • Boleh buat semakan rekod bayaran anak sendiri/ahli bila-bila masa. Nak terus buat bayaran pon boleh, kalau melanggan modul bayaran online

Untuk Kami

  • Lebih mudah utk kami menambahbaik dan memberikan khidmat bantuan yg terbaik utk anda

Bagaimana SKY Online berfungsi?


Apabila seorang pelajar/ibubapa/ahli persatuan datang untuk membayar yuran:-

  1. Guru/Kerani/Sekuriti akan mencari nama pelajar/ahli di dalam SKY
  2. Setelah SKY memaparkan nama pelajar/ahli tersebut, guru/kerani/sekuriti boleh mengetahui status bayaran dan tunggakan pelajar/ahli tersebut
  3. Hanya klik pada item yang hendak dibayar, SKY akan menjana no resit dan resit sudah sedia untuk dicetak.
  4. Sekiranya ibubapa/ahli tidak berkesempatan untuk hadir ke sekolah/pejabat, ibubapa/ahli boleh membayar yuran secara online menggunakan menu ibubapa/ahli yang hanya memaparkan maklumat yuran anak-anaknya/ahli sahaja. Bayaran boleh dibuat melalui SKY dengan cara pindahan wang/kredit kad/MEPS FPX

Gambarajah di bawah menerangkan dengan ringkas bagaimana SKY Online berfungsi (proses yg sama utk persatuan penduduk)

Gambarajah bagaimana SKY Online berfungsi

Kelebihan SKY Online


Kepada Pihak Pengurusan

  • Login pengguna – sistem dapat mengesan siapa yang merekod data; hanya pengguna Administrator yg boleh ubahsuai data
  • Kaedah carian yang cepat – pengguna boleh mencari maklumat dengan cepat
  • Maklumat ibubapa/ahli (cth: no untuk dihubungi) dan pelajar (cth: no surat beranak) boleh didapati dengan mudah
  • Status jumlah bayaran dan tunggakan boleh didapati bila-bila masa, tanpa perlu menunggu buku-buku resit dari guru/kerani/sekuriti dikumpul dan dikira
  • Pemantauan jumlah bayaran dan tunggakan secara individu, kelas/komuniti dan keseluruhan sekolah/komuniti

Kepada Guru/Kerani/Sekuriti

  • Kutipan yuran yang mudah dan cepat – pengguna hanya perlu mencari nama pelajar/ahli, dan klik di bahagian yuran yang ingin dibayar, sistem akan mengeluarkan no resit secara automatik. Pengguna boleh terus mencetak resit (tidak perlu menulis lagi)
  • Serahan yang lengkap dan kemas – sistem akan mengeluarkan senarai mengikut tarikh yang dikehendaki dan menjumlahkan sekali kutipan hari tersebut
  • Senarai nama pelajar/ahli mengikut kelas/komuniti boleh diambil bila-bila masa dan terkini
  • Guru kelas boleh memantau kutipan yuran kelas mereka dengan mudah
  • Boleh mengetahui jika Yuran Sekeluarga pelajar kelasnya dibayar oleh adik beradik pelajar tersebut di kelas lain

Kepada Ibu Bapa/Ahli

  • Tidak perlu pergi ke kelas setiap anak untuk membayar yuran, SKY akan menyenaraikan nama anak-anak ibubapa tersebut dan memudahkan urusan pembayaran yuran mereka
  • Boleh memantau dan membuat bayaran secara online terus kepada SKY dan menerima resit tanpa perlu pergi ke sekolah/pejabat

Apa Kata Pelanggan Kami?


Sehingga kini, kami telah membimbing lebih 30 buah sekolah sehingga mereka telah benar-benar berjaya mempunyai rekod bayaran yuran yang lengkap…30 buah sekolah ini adalah yang sentiasa berhubung dengan kami untuk berbincang. Manakala pelanggan selebihnya mungkin juga telah berjaya senyap-senyap 🙂 kerana SKY memang mudah digunakan. Di bawah ini adalah antara testimoni dari pelanggan kami dari 30 buah sekolah tersebut…

Testimoni pelanggan SKY Online Testimoni Tadika Seri Iman Intelek
“SKY byk membantu pengurusan kutipan yuran kami menjadi lebih cepat dan kemas. SKY juga membantu kami utk dptkan data2 yg diperlukan utk membuat laporan audit. Walaupun harganya lebih murah dr aplikasi lain..namun ianya menepati semua keperluan kami. Dari segi khidmat pelanggan..mrk sedia mbantu kami bila2 diperlukan…”
Ustazah Hjh Maimunah bt Semaon
Guru Besar, KAFA Integrasi As-Syakirin
“Kalau dulu susah sikit nak dapat laporan yuran yang lengkap, proses mengemaskini maklumat mengambil masa yang lama. Nak cari maklumat pelajar juga susah, nak kena cari fail. Sekarang semuanya dihujung jari….”
Ustazah Siti Arbaiyah bt Makhtar
KAFA Integrasi Darul Syahadah
“Dengan SKY, mudah utk saya mengetahui siapa yg masih belum membayar yuran walaupun bilangan pelajar saya ramai. Laporan audit saya juga mudah disediakan kerana maklumat yg diperlukan semuanya telah ada dlm SKY. SKY merupakan satu sistem yg mudah dan senang digunakan..”
Ustaz Ahmad Radzuan Hj Hassan
KAFA Integrasi Islahiah

Disclaimer: Testimoni di atas adalah dari pengguna produk kami yang sebenar. Namun hasil mungkin berbeza mengikut keadaan dan keperluan pengguna.

Ciri-Ciri Dan Keperluan


Server Tersedia

Sistem dan data disimpan di server kami. Tiada pemasangan perlu dilakukan di tempat anda

Updated

Kemaskini dan pembetulan akan diberikan secara berterusan untuk pelanggan-pelanggan kami yang setia

Capaian Internet

Untuk memasang Sistem Kutipan Yuran ini anda perlu mempunyai capaian internet untuk akses ke sistem

Akses Meluas

Boleh digunakan dari mana-mana komputer/smartphone/tablet yang mempunyai capaian internet

24/7

Anda boleh menggunakan Sistem Kutipan Yuran ini bila-bila masa sahaja selagi ada akses internet (24/7)

Multiple Browser

Menggunakan browser (eg: Internet Explorer, Firefox, Chrome dll). Disarankan Firefox

Free Maintenance

Selenggaraan dan back-up adalah tanggungjawab kami. Anda cuma perlu guna sahaja…peace of mind!

Selamat

Data dijamin selamat. Backup dijalankan secara berjadual ke 3 buah server kami

Keperluan Tambahan

Sekiranya pihak sekolah/persatuan mahukan satu salinan resit disimpan dalam bentuk hardcopy :-

  • Printer Dot matrix (Panasonic KX-P 1121)
  • Kertas komputer 9" x 11 1/2" 2-ply 2-up

(printer dan kertas adalah optional, bagi yang mahukan resit dicetak dalam 2 salinan – satu simpanan ibubapa dan satu simpanan sekolah)

Screenshot


Berikut dipaparkan sebahagian screenshot sistem ini sebagai sedikit gambaran.

Untuk Pihak Sekolah

Skrin log masuk pengguna sekolah

Login Pengguna Sekolah

Setiap guru/kerani ada ID sendiri – sistem tahu siapa merekod apa

Muka depan SKY Online

Muka Depan

Ringkasan kutipan, tempoh langganan dan menu yang ringkas – semuanya di satu skrin

Semakan bayaran online

Semakan Bayaran Online

Pantau setiap transaksi ibubapa – status, kaedah bayaran dan nombor rujukan

Contoh resit yuran tahunan

Contoh Resit – Yuran Tahunan

Header resit yang boleh dicustomized mengikut maklumat sekolah dan juga logo

Contoh resit yuran bulanan

Contoh Resit – Yuran Bulanan

Header resit yang boleh dicustomized mengikut maklumat sekolah dan juga logo

Untuk Ibu Bapa / Ahli

Ibubapa guna pautan yang sama, cuma tekan tab Ibubapa – tiada aplikasi untuk dipasang, tiada akaun baru untuk didaftar.

Log masuk ibubapa guna No Kad Pengenalan

Login Ibu Bapa

Cukup dengan No Kad Pengenalan – terus nampak rekod bayaran semua anak

Ibubapa pilih yuran untuk dibayar secara online

Pilih & Bayar Yuran

Ibubapa tanda yuran yang belum dibayar, klik bayar – terus ke FPX/kad kredit. Resit dijana automatik

Borang pendaftaran online untuk ibubapa

Pendaftaran Online

Ibubapa isi sendiri maklumat keluarga dan pelajar melalui pautan yang anda berikan

Skrinshot menggunakan data sekolah contoh. Maklumat peribadi sebenar tidak dipaparkan.

Kandungan Menu SKY Online


Nama menu berubah mengikut jenis organisasi – sekolah melihat “Pelajar” dan “Kelas”, manakala persatuan penduduk melihat “Ahli” dan “Komuniti”.

Menu Pengguna Sekolah

Geser jadual ke kiri untuk melihat lajur Keterangan.

Menu Ibu Bapa / Ahli

Geser jadual ke kiri untuk melihat lajur Keterangan.

Sokongan


Surat sokongan JAIS muka surat 1 Surat sokongan JAIS muka surat 2 Surat MOSTI – dana Innofund

Mendapat kebenaran dan sokongan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Bahagian Pendidikan).

Projek SKY Online ini merupakan satu projek yang menerima bantuan dana Innofund dari Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi pada tahun 2011. Projek yang dijalankan selama setahun dan di bawah pemantauan MOSTI ini telah menghasilkan SKY Online.

Berita & Galeri


Laporan Mengenai SKY Online di dalam GTP’S Annual Report 2012

Laporan SKY Online dalam GTP Annual Report 2012 Laporan SKY Online dalam GTP Annual Report 2012

Pelanggan Kami


Sejak 2007, SKY digunakan oleh pelbagai jenis organisasi yang menguruskan kutipan yuran berkala – dari KAFA dan tadika sehingga persatuan penduduk.

340+ Organisasi telah menggunakan SKY
2.8 juta+ Bayaran yuran direkodkan
19 Tahun beroperasi, sejak 2007

Jenis Organisasi

Campuran jenis organisasi yang menggunakan SKY.

  • Sekolah rendah 78
  • Tadika 62
  • Sekolah menengah & rendah-menengah 61
  • Persatuan penduduk & badan khairat 31
  • Pusat tuisyen 26
  • KAFA 14
  • Lain-lain – masjid, kelab, lembaga, tabung 74

Lebih 120 organisasi menggunakan SKY selama dua tahun atau lebih. Kami tidak menyenaraikan nama pelanggan di laman ini demi menghormati privasi mereka – jika tuan/puan ingin bercakap dengan pengguna sedia ada sebelum membuat keputusan, hubungi kami dan kami akan aturkan dengan keizinan mereka.

F.A.Q


Perlu capaian internet untuk guna SKY Online?

Ya, Perlu

Adakah pihak SKY Online akan datang ke tempat kami utk pemasangan?

Tidak. Sistem ini dibekalkan secara online. Kami akan berikan url, username, password dan manual utk rujukan.

Saya tak pandai IT, senang ke nak guna sistem ni?

Insya Allah mudah. Ramai pengguna kami dpt gunakan tanpa masalah. Kami juga akan berikan manual dan bimbingan berterusan.

Adakah pihak SKY Online akan datang untuk berikan latihan gunakan sistem ni?

Buat masa ni kami hanya menyediakan latihan dan bimbingan menerusi media online seperti call, whatsapp, email dan juga remote support.

Yuran bulanan pelajar berbeza antara satu sama lain, boleh ke?

Ya, boleh. Selain yuran yang berbeza, harga juga boleh berbeza.

Yuran tahunan berbeza antara setiap darjah, boleh ke?

Ya, boleh. Selain item yg berbeza, harga juga boleh berbeza antara setiap darjah.

Boleh ke saya ubah resit bayaran yang telah direkod?

Boleh. Hanya administrator shj yg boleh. User biasa tak boleh.

Saya ada beberapa cawangan, boleh saya guna 1 akaun SKY sahaja?

Boleh, sekiranya anda tiada masalah mempunyai rekod bayaran yg bercampur.

Saya ada beberapa cawangan, tapi logo dan alamat berbeza, boleh gunakan 1 akaun SKY sahaja?

Boleh, sekiranya anda tiada masalah semua cawangan menggunakan resit yang menggunakan logo dan alamat yang sama. Tapi sebaiknya gunakan akaun SKY yang berbeza.

Kalau saya melanggan SKY untuk sebulan dahulu, kemudian saya nak langgan secara tahunan, boleh?

Boleh, tiada masalah.

Kalau saya ingin menambah modul SMS atau modul bayaran online kemudian, boleh?

Boleh, tiada masalah.

Kalau saya melanggan hanya sebulan tahun ini, thn depan saya langgan lagi sebulan, data-data saya masih ada?

Sekiranya terdapat jarak yang lama antara langganan, kami akan archivekan data-data. Bermakna untuk langganan baru, tuan kena isi semula data-data.

Berapa user boleh guna sistem ni?

Unlimited. Tuan boleh create user di menu daftar pengguna.

Berapa data pelajar saya boleh masukkan dalam sistem?

Unlimited

Boleh ke saya pakai printer biasa untuk cetak resit?

Boleh. Kalau nak 2 salinan, kena print 2 copies. Kalau pakai printer dot matriks boleh guna kertas yang berkarbon utk 2 salinan.

Saiz resit besar mana?

Separuh A4

Kalau saya bayar hari ni, bila saya boleh guna sistem?

Untuk siapkan sistem sekejap saja. Lepas tu boleh terus guna. Tempoh langganan juga bermula dari tarikh bayar.

Perkhidmatan Selepas Belian


Pihak kami menyediakan bantuan untuk memudahkan pihak sekolah mengisi maklumat terutama pengisian maklumat penetapan yuran. Prinsip kami, bukan sekadar menjual, kami akan bantu sehingga SKY benar-benar dapat digunakan.

Bantuan akan diberikan melalui :

WhatsApp

Email

SMS

Cara Pembelian


STANDARD

Asas Tahunan
RM500Setahunatau RM50 sebulan
  • Unlimited Data
  • Unlimited Pengguna
  • Unlimited Sokongan
  • Akses Bila-bila Masa
  • Kemaskini PERCUMA
  • Backup Automatik
  • Modul Bayaran Online
  • Sistem Rekod Akademik

PREMIUM

Pakej Lengkap
RM1330Setahunatau RM133 sebulan
  • Unlimited Data
  • Unlimited Pengguna
  • Unlimited Sokongan
  • Akses Bila-bila Masa
  • Kemaskini PERCUMA
  • Backup Automatik
  • Modul Bayaran Online
  • Sistem Rekod Akademik (SRA)

Harga tahunan di atas bersamaan harga 10 bulan sahaja – bayar untuk 10 bulan, guna 12 bulan. Langganan bulanan sesuai untuk mencuba dahulu, dan boleh ditukar kepada tahunan pada bila-bila masa.

Modul Bayaran Online

Memudahkan ibubapa membuat bayaran secara online dari mana-mana komputer/tablet/smartphone yang mempunyai capaian internet.

Modul SMS

Modul SMS memudahkan pihak sekolah menghantar peringatan terus ke telefon bimbit ibubapa yang belum menjelaskan yuran.

Modul Sistem Rekod Akademik (SRA)

Rekod markah ujian ikut kelas atau subjek, kemudian keluarkan laporan prestasi individu, senarai keputusan dan analisa pangkat. Ibubapa boleh menyemak keputusan anak sendiri.

Nota: Modul Bayaran Online – anda pilih gerbang pembayaran

Harga pakej di atas adalah untuk mengaktifkan modul bayaran online di dalam SKY, dan ia sama tidak kira gerbang mana anda pilih. Akaun merchant dengan gerbang pembayaran didaftarkan sendiri oleh pihak anda, dan sebarang kos pendaftaran serta caj per transaksi adalah antara anda dengan penyedia gerbang tersebut.

SKY menyokong dua pilihan, dan anda boleh pilih yang paling menguntungkan organisasi anda.

toyyibPay

  • FPX – RM1.00 satu transaksi (kadar rata)

Kadar rata, tidak mengikut peratus. Semakin besar amaun yuran, semakin menguntungkan.

DOKU

  • FPX – RM1.00 atau 1.5%
  • Kad kredit/debit – 65 sen atau 2.5%
  • E-wallet – 65 sen atau 1.5%
  • Buy Now Pay Later – 2.0% hingga 6.0%

Dikenakan mengikut kadar yang lebih tinggi. Pilihan kaedah bayaran lebih luas untuk ibubapa.

Manual transfer (CDM, cek deposit, bank-in) tiada caj bagi kedua-dua pilihan.

Contoh dengan toyyibPay: jika yuran RM200, sekolah terima RM199. Caj ini ditetapkan oleh penyedia gerbang pembayaran, bukan oleh MJ Solutions – sila rujuk perjanjian merchant anda untuk kadar muktamad.

Cara Pembelian:


Kaedah 1: Fund Transfer / CDM / Cek / Kaunter Bank

(Anda boleh log masuk ke SKY Online selepas dapat pengesahan dari kami)
  1. Selepas anda isikan Borang Tempahan dan klik Teruskan, sila pilih CARA BAYARAN Manual Transfer/Bank-in
  2. Selepas anda klik TERUSKAN, anda akan menerima email pengesahan dari kami
  3. Sila balas email tersebut bersama lampiran bukti bayaran
  4. Tempahan anda akan kami proses selepas bayaran disahkan
  5. Anda akan menerima email pengesahan dari kami yang mengandungi maklumat akaun serta manual utk rujukan
  6. Anda boleh log masuk ke SKY Online

Kaedah 2: Bayaran Online

(Anda boleh log masuk ke SKY Online serta merta jika transaksi anda sah)
  1. Selepas anda isikan Borang Tempahan dan klik Teruskan, sila pilih CARA BAYARAN secara online
  2. Sila pilih tab Internet Banking/FPX pada halaman bayaran
  3. Pilih jenis bank anda dan klik Pay
  4. Anda akan dibawa ke laman bank anda utk transaksi selanjutnya
  5. Selepas selesai, jika bayaran anda sah, anda boleh terus log masuk ke SKY Online
  6. Anda juga akan menerima email pengesahan dari kami yang mengandungi maklumat akaun serta manual utk rujukan

Borang Tempahan


(Sila klik pada butang mengikut jenis organisasi anda)

Tempahan tuan/puan akan diproses dan maklumat akaun SKY Online tuan/puan akan dihantar melalui email.
Mohon berikan sedikit masa untuk kami siapkan pesanan tuan/puan.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui WhatsApp atau emel. Kami lebih mudah dihubungi secara bertulis – setiap pertanyaan direkod dan dijawab, tiada yang tercicir.